Thursday, May 14, 2009

Surat Kebenaran Ibubapa

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7
JALAN PLATINUM 7/37, 40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO. TEL: 03-55119328 NO. FAKS: 03-55131363

Kepada , Ruj. Kami :
Ibu Bapa / Penjaga Pelajar , Ruj. Tuan :
SMK Seksyen 7 , Shah Alam , Tarikh : 17 Feb 2009
Selangor Darul
Ehsan.

Dato’ / Datin / Tuan / Puan ,

KEBENARAN MENGIKUTI AKTIVITI KOKURIKULUM / LAWATAN / SEMINAR / KURSUS

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak YBhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan __________________________ Tingkatan _______________________________ telah terpilih / memohon / diarahkan menyertai aktiviti/ program Projek Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan seperti ketetapan berikut ;

Tarikh : 28 Mac 2009 Hari : Sabtu
Masa : 08.00 pagi hingga 01.30 petang
Anjuran : Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Yuran : Tiada
Tempat : Dewan Terbuka SMK Seksyen 7, Shah Alam Pengangkutan : Sendiri
Guru Bertugas : Pn Hjh Alawiyah Bt Ahmed Dahalan
Datin Hjh Jamaliah Bt Juni
Datin Hjh Mahidah Bt Datuk Hj Ab Wahab
Pn Winifred

2. Pihak penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga keselamatan anak / jagaan Dato’ / Datin / Tuan / Puan . Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan / bencana yang menimpa anak jagaan Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam tempoh tersebut jika sekiranya langkah-langkah keselamatan , peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang telah dijalankan tidak dipatuhi dengan sewajarnya.

3. Sokongan serta gandingan padu daripada pihak Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam menjayakan aktiviti ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Dato’ / Datin / Tuan / Puan juga diminta menandatangani dan mengembalikan jawapan yang dilampirkan bersama-sama surat ini.

Sekian , terima kasih.

‘ILMU, AMAL, IMAN ‘

Saya yang menurut perintah ,

…………………………………………
Pengetua ,
SMK Seksyen 7 , Shah Alam.

................................................ Tarikh : ……………………………..
( Nama dan alamat ibu bapa / penjaga )

Kepada .
Pengetua ,
SMK Seksyen 7 , Shah Alam.

Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga

Saya ibu bapa / penjaga kepada …………………………………………………….Tingkatan …………………. No. K/P : …………
MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN * anak / jagaan saya menyertai kegiatan seperti yang dimaklumkan.

2. Saya bersetuju dan patuh akan peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak sekolah / penganjur dan tidak akan mendakwa pihak sekolah sekiranya berlaku kemalangan keatas anak / jagaan saya. Saya juga berharap pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah terbaik serta segera keatas anak / jagaan saya yang difikirkan baik untuk menjaga keselamatannya.

Sekian , terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………………………….
( )

No comments:

Post a Comment